suria

Lewat 14 Saat, Silva Kempunan Empat Bulan

SELEPAS empat bulan, akhirnya Adrien Silva dapat beraksi bersama Leicester City.

Pemain antarabangsa Portugal itu terpaksa ‘dibekukan’ daripada beraksi selepas terlewat 14 saat menyerahkan dokumen pendaftaran perpindahan dari Sporting Lisbon ke Leicester City Oktober lalu.

Walaupun telah membuat rayuan mengenai kelewatan itu, Persekutuan Bola Sepak Antabangsa (Fifa) dan Majlis Timbang Tara Sukan Antarabangsa (CAS) menolaknya.

Berikutan dengan itu, Silva terpaksa menunggu sehingga Januari bagi melengkapkan urusan pendaftaran untuk bergelar pemain Leicester.

Dalam tempoh tersebut, Silva hanya menjalani latihan dan perlawanan persahabatan bagi mengekalkan prestasinya.

“Apa yang terjadi memang mengecewakan, tetapi kini saat itu sudah lepas dan saya sangat teruja.

“Saya telah berusaha keras untuk mengekalkan prestasi diri. Saya yakin tetapi perlu bermain untuk menjadi lebih baik," ujarnya.

Silva turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan pasukan baharunya itu.

“Mereka memberi sokongan berterusan agar mental saya kuat berdepan dengan saat itu.

“Ini amat penting bagi saya dan kini sudah Nampak masa depan bersama.

“Mereka sentiasa membuat anda tersenyum. Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada mereka, bukan sahaja ketika gembira, sebalik waktu sukar,” jelas pemain berusia 28 tahun itu kepda LCFC TV.

Adrien Silva, Leicester City

Artikel Sebelum

Kim Swee Fokus Latihan Taktikal

Artikel Berikut

Thanabalan Dedah Misi 2018

Artikel Lain