PETALING JAYA: Bekas pemain kebangsaan, Durahim Jamaluddin meninggal dunia awal pagi Selasa. Bekas pemain pertahanan Perlis, Melaka, Proton FC dan Terengganu itu dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pukul 1.50 pagi Selasa. Allahyarham Durahim yang berusia 36 tahun juga pernah beraksi untuk Pulau Pinang serta PDRM sebelum ini. Kali terakhir Durahim membuat penampilan pada tahun 2013 bersama pasukan Perlis sebelum bersara. Dia mewakili negara pada tahun 2005 ketika bertemu Singapura. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Noorfarahliyana Yusoff dan dua anak, Dhia Isabella dan Noah Isaac. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Merlimau. Lebih kurang pukul 12 tengah hari Selasa.