suria

“Kita Bakal Bunuh Pemain” - Guardiola

PEP Guardiola mendakwa Liga Perdana Inggeris telah 'membunuh' pemain-pemain bintangnya.

Pengurus Manchester City itu berharap jadual seperti musim ini akan diubah.

Salah seorang pemainnya, Kyle Walker berdepan dengan kecederaan selepas aksi kemenangan ke atas Watford pada Selasa.

City terpaksa mengharungi dua perlawanan dalam tempoh tiga hari.

"Berapa orang pemain yang cedera sejak minggu lepas - kita bakal bunuh mereka. Persekutuan perlu bertindak. Ia bukan normal.

"Ini juga bukan bola keranjang, bukan tenis dan pemain perlu pemulihan. Lihat berapa ramai pemain mengalami kecederaan otot dalam tempoh ini, tetapi 'pertunjukan' perlu diteruskan.

"Mereka banyak mengawal penggunaan anti-doping tetapi kami tidak melindungi pemain. Semua orang terlibat dalam bisnes ini adalah kerana pemain. Bukan untuk anda, untuk saya tetapi untuk prestasi setiap pemain.

"Di England kami tidak melindungi pemain. Anda boleh bermain setiap tiga atau empat hari tetapi bukan selang dua hari," jelasnya.

Selain Guardiola yang 'penat' dengan jadual padat, kelab West Brom juga turut membuat aduan mengenai jadual yang tidak melindungi pemain.

"Tradisi memang tradisi tetapi perlu juga mengambil kira. Mereka adalah artis. Mereka adalah sebab kenapa kita berada di sini," ujar kenyataan West Brom.

Jadual Padat, EPL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain