WEST Ham dan West Bromwich Albion disiasat selepas Jake Livermore bergaduh dengan penyokong tuan rumah. Pemain tengah West Brom itu kelihatan meradang ketika dipanggil keluar dan menjadi pemain simpanan pada separuh masa kedua. Livermore yang juga pemain kebangsaan England bertindak mara ke arah penyokong West Ham sebelum dia diiringi ke bilik persalinan oleh staf kelabnya. Pengurus Albion, Alan Pardew mendakwa Livermore naik angin kerana diprovokasi oleh penyokong lawan. Livermore dilihat berada di kawasan penyokong lawan. Foto: Dailymail "Hanya satu perkara yang saya lihat, Jake berada di tempat ramai itu dan pandangan itu mengganggu saya. "Tidak mungkin dia akan pergi ke situ tanpa sebarang sebab kerana saya kenal dia. Dia seorang yang baik, kecuali jika ada provokasi. "Itu saya yang saya tahu. Saya belum sempat bercakap dengannya. Sudah pasti saya bertemunya dan dari situ kita tahu apa yang berlaku," jelas Pardew. Selain itu pengurus West Ham, David Moyes memberitahu dia tidak sedar apa yang berlaku dan tidak bersedia untuk memberi sebarang komen. Kedua-dua kelab disiasat mengenai kejadian itu. Selain itu, Livermote mempunyai rekod penggunaan kokain pada tahun 2015 ketika dia bermain untuk Hull City. Bagaimana pun dia terlepas hukaman Persatuan Bolasepak England (FA) kerana menganggap kes Livermore itu unik memandangkan ketika itu dia berdepan dengan kesukaran selepas kematian bayinya Jake Junior.