suria

Coutinho, Isteri Dituduh 'Ular'

Philippe Coutinho dan isterinya Aine.

BARCELONA sudah mengesahkan menandatangani bintang Liverpool, Philippe Coutinho, tetapi isterinya pula yang menjadi sasaran kritikan pedih penyokong.

Kelab Catalan itu akan menandatangani pemain dari Brazil tersebut dengan kontrak lima tahun setengah, kedua-dua kelab membuat pengesahan.

Dan, isteri Coutinho, Aine telah menjadi mangsa mesej 'pedas' dan kemarahan penyokong Liverpool di Instagram.

Posting terbarunya yang menunjukkan dia sedang tersenyum sambil memandang anak perempuannya telah dibanjiri dengan mesej-mesej kasar.

Ramai yang meletakkan emoji ular di bahagian komen sementara yang lain berkata: "Tanpa Liverpool suami kamu bukan sesiapa."

Selain itu terdapat juga komen-komen lucah dan kata-kata kesat, termasuklah tuduhan bahawa dia dan suaminya adalah 'ular'.

Peminat Liverpool juga dilihat membakar baju Coutinho.

Bagaimanapun, terdapat peminat lain yang tenang: "Kamu akan dirindui, kamu dialu-alukan kembali ke Liverpool bila-bila masa yang kamu suka.

"Beritahu Coutinho kami sangat berterima kasih, kami hanya kecewa."

Barcelona kini berada di puncak liga dengan prestasi luar biasa dengan 17 mata meninggalkan saingan terdekat mereka Real Madrid.

Kelab Sepanyol itu akan membayar £142 juta untuk Coutinho, menjadikannya perpindahan ketiga paling mahal dalam sejarah bola sepak.

"Barcelona dan Liverpool telah mencapai persetujuan untuk perpindahan Philippe Coutinho," kata pemimpin La Liga itu dalam satu kenyataan, Ahad.

"Pemain itu akan menandatangani kontrak untuk sepanjang musim ini dan lima tahun lagi dengan klausa pelepasan 400 juta euro."

Liverpool juga mengesahkan perjanjian itu. -dailyStar

Philippe Coutinho, Aine

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain