ANTOINE Griezmann dilaporkan akan menuntut gaji mingguan lebih tinggi jika Manchester United mahu menghalangnya daripada menyertai Barcelona. Pemain Perancis itu telah disenarikan dalam perjanjian £89 juta oleh Jose Mourinho untuk menyertai United musim panas akan datang. Difahamkan, Griezmann berminat untuk menyertai Red Devils tahun lepas, tetapi Barca juga telah menunjukkan minat yang sama. United kini telah diberitahu bahawa tawaran gaji awal mereka sebanyak £290,000 seminggu terlalu sedikit berbanding apa yang dikehendaki oleh Griezmann. Dia meminta tambahan £100,000 seminggu dari tawaran £290,000 menjadikannya £400,000 seminggu, setelah melihat jumlah besar yang diperolehi bintang lain. Sumber Old Trafford berkata: "Pakej yang ditawarkan tahun lepas yang telah dipersetujui sekarang dilihat jauh lebih rendah berbanding apa yang dia mahukan pada musim panas akan datang. "Ia mungkin terlalu tinggi dan di luar kemampuan kita. Kelab terdesak untuk menandatanganinya tetapi ia menuntut wang yang tinggi. "Orang-orangnya membuat tuntutan berbeza yang mana kelab mungkin enggan bersetuju." Atletico hampir pasti menolak sebarang tawaran untuk Griezzmann pada bulan ini, tetapi bersedia untuk berpisah dengannya pada musim panas. Pemain berusia 26 tahun itu menyertai kelab Sepanyol itu dari Real Sociedad pada 2014 dengan harga sekitar £24 juta. -TheSunUK