JOHN Terry mendedahkan bahawa Jose Mourinho akan berkelakuan pelik dalam keadaan tertentu. Terry berkata, Mourinho hanya akan diam dan membuatkan dirinya terpinga-pinga apabila dia cedera. Bekas jurulatih Chelsea itu jarang mengenepikan Terry sepanjang 18 tahun kariernya di Stamford Bridge. Tetapi dia telah mendedahkan cara motivasi Mourinho yang menarik dalam temubual baru-baru ini. Pengurus dari Portugal itu mengambil alih Blues pada tahun 2004 dan Terry nampak bersemangat apabila bercakap tentang teknik pengurusan Mourinho. "Sebagai sekumpulan pemain, bukan hanya saya, dari awal lagi kami semua sedar betapa bagusnya dia," kata Terry kepada The Coaches' Voice. "Dan bukan hanya di padang latihan, tetapi jauh dari sudut lain. Dari segi mental. "Contohnya, saya beberapa kali cedera, tidak dapat bermain untuk beberapa perlawanan akan datang. "Jose akan masuk, dia tidak akan bercakap dengan saya di bilik rawatan. "Dia akan berjalan dan bercakap dengan semua orang dan kemudian keluar dari bilik meninggalkan saya. "Sebagai kapten kelab, saya berfikir kenapa dia tidak bercakap dengan saya?. "Saya berkata kepada physio bahawa 'saya nak berlatih esok, saya tidak boleh mempunyai pengurus yang tidak bercakap dengan saya'," katanya. Terry dan Mourinho memenangi dua Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA dan tiga Piala Liga semasa di Chelsea. Bekas kapten England itu yang kini bermain di Aston Villa, menganggap bos Manchester United itu tahu bagaimana pemainnya dapat memberikan persembahan terbaik semaksima mungkin. "Dia tahu apa yang dia lakukan," kata Terry. "Dia tahu bagaimana untuk menyedarkan saya, tetapi dia juga tahu bila saya patut diberikan pelukan, bila perlu beritahu saya bahawa saya adalah yang terbaik, bila untuk beritahu akhbar bahawa saya, Frank Lampard, Didier Drogba, Petr Cech, Ashley Cole adalah pemain terbaik di dunia. "Saya berjanji kepada anda, sebagai pemain, anda akan keluar bermain dengan pemikiran bahawa anda yang terbaik. "Ia memberi impak kepada persembahan kami dan itu semua kerana Jose. "Adakah kami yang terbaik di dunia? Mungkin tidak, tetapi dia membuat anda berasa seperti itu." -dailyStar