suria

Pengakuan Hazard Buat Penyokong Lega

Eden Hazard ketika hadir menyaksikan perlawanan bola keranjang di O2 Arena, London, Khamis. -fotoREUTERS

PENYOKONG Chelsea mungkin boleh menarik nafas lega dengan pengakuan Eden Hazard berhubung masa depannya bersama kelab itu.

Bintang Blues itu yang telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid mendedahkan bahawa dia berhasrat untuk menyambung kontrak dengan Chelsea.

Dia sebelum ini didakwa sengaja melengah-lengahkan membuat keputusan tentang masa depannya bersama Chelsea kerana mahu melihat potensi perpindahan ke Real.

Tetapi juara Liga Perdana itu terdesak untuk mengekalkan Hazard dan bersedia membayarnya £300,000 seminggu.

Hazard pada malam Khamis hadir menonton perlawanan bola keranjang NBA London, yang menyaksikan kemenangan 114/103 Boston Celtics ke atas Philadelphia 76ers.

Pemain sayap dari Belgium itu berada di sana bersama rakan sepasukan antarabangsa, Kevin De Bruyne.

Difahamkan penyokong Chelsea pada acara itu meminta Hazard 'menandatangani kontrak'.

Dan dia nampaknya akan melakukannya sebaik sahaja Thibaut Courtois melakukan perkara yang sama.

"Ya," Hazard memberitahu Mirror apabila ditanya sama ada dia akan menandatangani perjanjian baharu.

"Saya rasa Thibaut dahulu. Kemudian saya akan tandatangan." -dailyStar

Eden Hazard, kontrak baru

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain