MANCHESTER United mungkin perlu melupakan hasrat mendapatkan Thomas Lemar dari Monaco selepas lembaga pengarah tidak bersetuju dengan harga £90 juta untuk pemain itu. Red Devils membelanjakan £145 juta pada musim panas lalu untuk Romelu Lukaku, Nemanja Matic dan Victor Lindelof tetapi Mourinho kecewa dengan keengganan kelabnya untuk bersetuju dengan harga £50 juta yang diletakkan Inter Milan untuk Ivan Perisic. Lemar, 22, sedang dikejar oleh Liverpool dan Arsenal tetapi Mourinho percaya pemain tersebut boleh memberikan United pilihan untuk diletakkan sebagai penyerang dan pemain sayap. Bos Monaco, Leonardo Jardim mengesahkan bahawa Lemar mungkin meninggalkan kelab itu kerana bayaran 'gila' dalam pasaran hari ini dan juara Ligue 1 itu dipercayai menilai pemain antarabangsa Perancis itu sekitar £ 90 juta. Walau bagaimanapun, United tidak mahu memecahkan rekod perpindahan British untuk Lemar dan memberitahu Mourinho untuk memberi tumpuan kepada sasaran lain, menurut Daily Record. Mourinho meluahkan perasannya mengenai kegagalan kelab mendapatkan Perisic dalam musim panas lalu dan membandingkan perbelanjaan Manchester City dengan kelabnya. United melihat bintang Arsenal Alexis Sanchez lebih bernilai dan kelab telah mengemukakan tawaran £25 juta untuk pemain Chile itu. Bagaimanapun, Sanchez lebih berminat dengan perpindahan ke Manchester City di mana dia akan bergabung semula dengan bekas bosnya, Pep Guardiola. -metroUK