MANCHESTER United dilaporkan berminat menandatangani Alexis Sanchez dari Arsenal dan Jose Mourinho telah memasukkan seorang pemainnya dalam ‘perancangannya’ ke arah mencapai matlamat itu. United telah menawarkan Henrikh Mkhitaryan kepada Arsenal sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk mendapatkan Sanchez, menurut laporan. Pemain Armenia itu telah dikaitkan dengan perpindahan dari Old Trafford dalam beberapa bulan kebelakangan ini setelah Mourinho menyingkirkannya dari skuad kerana persembahan buruk. Dan kelab terbaru yang dikaitkan dengan pemain berusia 28 tahun itu adalah Arsenal. The Guardian mendakwa United telah menawarkan pemain tengah itu kepada Arsene Wenger sebagai sebahagian dari kesepakatan untuk mendapatkan Sanchez. Mkhitaryan telah dikaitkan dengan beberapa kelab sejak beberapa minggu yang lalu, termasuk oleh bekas kelabnya Borussia Dortmund. Laporan di The Independent menyatakan dia bersedia untuk kembali tetapi banyak rundingan perlu dibuat mengenai gajinya. Inter Milan juga dikatakan berminat ketika Tottenham turut dikaitkan dengan pemain United itu. Mourinho juga boleh membuat keputusan untuk menawarkan pemain dari Armenia itu sebagai sebahagian daripada tawaran untuk mendapatkan Christian Pulisic dari Dortmund. The Independent melaporkan United akan ‘mencabar keras' Liverpool untuk mendapatkan penyerang itu pada musim panas. Liverpool dijangka memulakan langkah untuk pemain berusia 19 tahun yang dilahirkan di Amerika Syarikat itu di jendela perpindahan yang akan datang tetapi United juga dikatakan mahukan dia. -manchestereveningnews