suria

Kante Kemalangan

-fotoJimBennett

PEMAIN tengah Chelsea, N'Golo Kante terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan untuk bermain dalam perlawanan Piala Carabao antara Blues dengan Arsenal.

Pemain berusia 26 tahun itu bertembung dengan lori ketika memandu Mini Cooper terpakai yang dibelinya pada harga £20,000 sebelum memulakan perlawanan di Stamford Bridge.

Dia dirakamkan bertukar butiran dengan pemandu lain oleh seorang peminat yang memberitahu The Sun: "Cermin sisinya pecah dan bahagian sekitar tayar depannya kemek.

"Dia pasti sangat kesal tetapi dia pastinya lebih gembira kerana peminat mengambil gambar selfie dengannya."

Kante kekal dengan kereta sederhananya walaupun memperoleh £110,000 seminggu di Chelsea.

Dia berpindah ke barat London setelah membantu Leicester memenangi gelaran pada 2015/16 dan memenangi mahkota Liga Perdana kedua musim berikutnya di bawah Antonio Conte.

Mengenai keretanya, Kante pada tahun lepas berkata: "Saya tak pernah menjadi seorang yang sukakan kereta dan ketika saya muda saya tidak mempunyai kereta idaman atau sesuatu seperti itu.

"Tetapi kereta Mini saya, untuk permulaan, baik untuk belajar memandu sebelah kiri.

"Saya membelinya di Leicester dan ia masih ada sekarang, tetapi ia bagus."

Kemalangan itu bermakna Kante telah terlepas bas pasukan yang membawa Chelsea ke Stamford Bridge dari sebuah hotel berdekatan. Sebaliknya, dia memandu ke stadium. Perlawanan itu berakhir 0-0.

Kante, Mini Cooper

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain