ALEXIS Sanchez disambut sendiri oleh Sir Alex Ferguson di Old Trafford pagi Isnin (waktu tempatan) menjelang perpindahannya ke Manchester United secara rasmi. Pemain dari Chile telah itu menyelesaikan bahagian kedua ujian kesihatan susulan perpindahannya dari Arsenal dan perjanjian itu mungkin diumumkan dalam tempoh 24 jam akan datang jika permohonan permit kerja Sanchez diluluskan. Pemain berusia 29 tahun itu berada di Manchester sejak Sabtu untuk mula melakukan ujian kesihatan dan gambar Sanchez di Old Trafford telah bocor malam Ahad yang mana dia dilihat memakai baju nombor 7 di Theatre of Dreams. Ketibaan Sanchez menyaksikan dia melakukan ‘rampasan kuasa terbesar’ di United sejak penandatanganan Paul Pogba dari Juventus, jadi tidak hairanlah Ferguson memutuskan untuk menyambut bintang Arsenal ini, Isnin. Ferguson, bekas pengendali United, tiba dengan sebuah kereta berasingan, berjalan menuju ke arah van yang dinaiki Sanchez dari Hotel Lowry dan kemudian dilihat berbual dengannya. Perpindahan Sanchez ke United bergantung kepada Henrikh Mkhitaryan yang bersetuju untuk menyertai Arsenal dan pemain dari Armenia itu berada di London pada hujung minggu ini untuk menyelesaikan formaliti perpindahannya ke Emirates. Sekiranya urusan perjanjian Sanchez selesai dalam masa 24 jam akan datang dia boleh berlatih dengan rakan sepasukan barunya untuk pertama kali pada Rabu dan mungkin membuat kemunculan pertama di Piala FA melawan Yeovil pada Jumaat. Kemunculan sulungnya dalam Liga Perdana Inggeris mungkin menentang Tottenham di Wembley pada 30 Januari. -metroUK