MANCHESTER City mengikat Kevin De Bruyne dengan kontrak baharu selama lima tahun setengah. De Bruyne bersetuju dengan syarat menerima bayaran sebanyak £280,000 (RM1.5 juta) seminggu sekaligus menyaksikan pemain itu bakal mendapat bonus tambahan sebanyak £70,000 (RM385,192). Khabar angin tentang minat dari Real Madrid dan Barcelona mula bertebaran, dengan City bertindak pantas menyempurnakan perjanjian kontrak sehingga 2023 dengan pemain tengah Brazil, Fred, 24. "Ia satu keputusan yang mudah. "Saya rasa mungkin prestasi terbaik yang saya pamerkan pada perlawanan-perlawanan besar adalah sesuatu yang bagus," kata De Bruyne selepas pengumuman pada Isnin malam. De Bruyne berpindah ke Manchester bersama isterinya, Michele dan anak lelaki mereka Mason serta mahu memberi tahun terbaiknya kepada Pep Guardiola. - Daily Mail