suria

Hafizh Syahrin Sedia Aksi Pamer Sulung MotoGP

KUALA LUMPUR: Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah menunjukkan prestasi luar biasa semasa sesi kelayakan MotoGP Dunia 2018 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada Sabtu walaupun ia menjadi cabaran kelas perdana pertamanya.

Muka baharu dalam MotoGP itu yang beraksi untuk pasukan Monster Yamaha Tech3, mencatatkan masa sepusingan terpantas 1 minit 55.258 saat untuk memulakan perlumbaan pertamanya dari barisan kelima.

“Saya berasa sangat baik hari ini. Saya rasa saya boleh melakukan dengan lebih baik. Bagaimanapun, berada di kedudukan ke-15 untuk memulakan perlumbaan MotoGP pertama sudah bagus untuk saya.

“Selain itu, saya juga gembira dengan usaha hebat daripada pasukan, kini saya tumpu sepenuhnya pada perlumbaan dan berharap tidak melakukan kesilapan semasa (perlumbaan) 22 pusingan,” katanya dipetik dalam laman web rasmi pasukan.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Johann Zarco dari France meraih kedudukan pertama selepas merekodkan masa sepusingan terpantas 1:53.680s.

Dalam kelas Moto2, Khairul Idham Pawi dari Idemitsu Honda Team Asia mendapat tempat ke-25 dengan catatan masa 2:02.433s semasa kelayakan, manakala pendatang baharu Moto2 dari Malaysia, Zulfahmi Khairuddin dari SIC Racing Team menamatkan perlumbaan dengan masa terbaiknya 2:04.780s.

Pelumba Malaysia Adam Norrodin dari Petronas Sprinta Racing menduduki tangga ke-17 masa sepusingan terpantas 2:07.758s dalam kelas Moto3 dan akan memulakan perlumbaan pembuka musim  dari barisan keenam.

Rakan sepasukannya Ayumu Sasaki dari Jepun akan bermula dari barisan kedua selepas mencatatkan  masa sepusingan terpantas 2:07.043s semasa sesi kelayakan.

Perlumbaan Moto3 dan Moto2 di Litar Antarabangsa Losail akan bermula masing-masing pada 9 malam dan 10.20 malam manakala kelas MotoGP akan bermula tengah malam (waktu Malaysia).-Bernama

Hafizh Syahrin, MotoGP, SIC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain