BOS Atletico Madrid Diego Simeone memuji prestasi pemainnya ketika menang 2-0 ke atas Lisbon dalam saingan suku akhir pertama Liga Europa. Simeone memanggil Diego Costa seperti 'haiwan' selepas menunjukkan prestasi cemerlangnya. Costa memulakan aksi bersama Antoine Griezmann dan tidak mengambil tempoh lama untuk menjaringkan gol buat Atletico. Manakala Griezmann mledak gol kedua sebelum tamat babak pertama perlawanan. "Ini adalah persembahan terbaik Costa sejak dia kembali ke sini. "Dia seperti haiwan - lari, beri tekanan, turun, naik sepanjang perlawanan," ujar Simeone selepas perlawanan. Costa gagal mencari jaringan sejak dia kembali ke Atletico dari Chelsea dan hanya merakam enam gol daripada 16 penampilan.