BARCELONA mahu mengikat Luke Shaw secara pinjaman untuk tempoh panjang. Pemain Manchester United berusia 22 tahun itu dijangka meninggalkan Old Trafford tamat musim ini selepas bukan lagi menjadi pilihan Jose Mourinho. Shaw hanya tampil beraksi 12 perlawanan sahaja musim ini. Pemain itu dikatakan tidak gembira dengan pengurusnya sehingga bersemuka dengan Mourinho untuk penjelasan. Beberapa kelab turut berminat mendapatkan pemain pertahanan ini, namun paling menyerlah menunjukkan adalah Barcelona. Dalam pada itu, United juga dilaporkan mahu mendapatkan pemain Juventus Alex Sandro bagi menggantikan Shaw. Malah Juve turut membuka harga untuk menjual pemain kelahiran Brazil itu dengan nilai 52 juta pound.