FRANK Lampard dan Christine Lampard berada dalam ketakutan apabila menjadi sasaran pencuri dua minggu lalu. Namun pasangan tersebut bernasib baik ketika kejadian mereka tiada di rumah. Pembantu rumah yang menjaga kediaman bekas pemain Chelsea itu menyedari seorang lelaki berkeliaran di taman rumah yang bernilai 10 juta pound itu menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) di Kensington. "Pembantu rumah pasangan itu dengan berani keluar dan menjerit ke arah lelaki itu dan anjing Christine, Minnie turut menyalak ke arah suspek sehingga lari. "Mereka semua trauma terutama Christine," jelas rakan rapat Lampard dan Christine kepada The Sun. Sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat oleh Jabatan Polis Met. Turut dilaporkan, Lampard meningkatkan lagi keselamatan di kediamannya itu.