WAYNE Rooney mengintai untuk beraksi di Liga Bolasepak Major (MLS) musim depan. Penyerang Everton itu berminat menyarung jersi DC United. Wakil pemain, Paul Stretford dilaporkan berada di Amerika Syarikat sejak minggu lalu mengadakan perbincangan, dan ianya positif. Rooney bakal berada di kelab yang berpengkalan di Amerika timur itu sebaik sahaja jendela perpindahan pemain dibuka pada 10 Julai ini. Kelab AS itu sudah lama Rooney ketika dia meninggalkan Manchester United musim lalu, namun pemain berusia 32 tahun itu mahu kembali ke kelab lamanya di Goodison Park. Sementara itu adik Rooney turut beraksi dalam MLS bersama New York Bulls pada tahun 2011.