SIR Alex Ferguson sedar dari koma dan soalan pertamanya mengenai perkembangan terkini keputusan perlawanan Doncaster Rover. Bekas pengurus legenda Manchester United itu dimasukkan ke hospitan selepas terjatuh empat hari lalu. Ferguson terpaksa menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya. Selepas berada dalam rawatan rapi, Ferguson kembali sedar walaupun masih lemah. Pun begitu, sebaik sahaja sedar, dia bertanyakan keputusan perlawanan kelab yang diuruskan anaknya itu, Darren Ferguson. "Jadi bagaimana keputusan Doncaster?", ujar Ferguson kepada keluarganya. Malah Ferguson turut bergurau mahu menghadiri ke stadium untuk melihat perlawanan akhir Liga Juara-Juara di antara Liverpool dan Real Madrid, 25 Mei ini.