suria

City lebur tiga rekod Chelsea

MANCHESTER City berjaya memecah tiga rekod Liga Perdana Inggeris yang dipegang Chelsea selepas menundukkan Brighthon 3-1 di Etihad.

Danilo memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol ketiganya pada musim ini sebelum Leonardo Ulload menanduk masuk gol penyamaan untuk pasukan lawan pada minit ke-20.

Rembatan kencang Bernardo Silva menjadikan kedudukan 2-1, iaitu gol ke-104 City musim ini, menyaksikan anak buah Pep Guardiola memecah rekod 103 gol yang dilakar Chelsea semasa di bawah kendalian Carlo Ancelotti pada 2009/2010.

Fernandinho melengkapkan gol ketiga yang juga jaringan ke-105 City.

Kejayaan itu menyaksikan City memintas rekod 30 kemenangan Chelsea yang dicipta anak buah Antonio Conte musim lalu.

Chelsea gagal mempertahankan rekod ketiga mereka malam Rabu ketika City memintas kutipan mata mereka pada musim 2004/2005 (93).

City kini mengumpul 95 mata dan kekal di tangga teratas liga.

Selain dipintas City, Chelsea juga terikat seri 1-1 denga Huddersfield Town.

Bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan Conte berkata:"Kami cuba untuk menang dua perlawanan terakhir kerana ia satu sahaja cara untuk terus menghidupkan peluang mendapatkan tempat ke saingan Liga Juara-Juara."

"Saya fikir pada bulan lalu kami sudah melakukan yang terbaik untuk mengutip tiga mata penuh pada setiap perlawanan. Kami perlu berjuang tetapi ia tidak mudah," katanya.

Manchester City, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wenger sertai Everton?

Artikel Lain