suria

Kedah dapat presiden, penyerang baharu

KEDAH bukan sahaja bakal menandatangani perjanjian dengan penyerang baharu, malahan akan mendapat sentuhan presiden baharu yang bakal menaungi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi saingan musim ini.

Skuad hijau kuning dilapor bakal mendapat sentuhan Zarko Korac bagi menggantikan Pablo Pallares, selepas pemain berkenaan disahkan tiba di Alor Setar ketika rakyat memberi sepenuh perhatian terhadap pilihan raya umum.

Kehadiran pemain kelahiran Montenegro itu sekaligus mengakhiri khabar angin bahawa Kedah akan mendapatkan khidmat Paulo Rangel sebagai penyerang baharu.

Pemain berusia 31 tahun itu dijangka memulakan latihan pada petang Khamis dibawah kendalian Mohd Nidzam Adzha Yusof selepas urusan menandatangani kontrak selesai dilakukan bersama majikan.

Bagaimanapun bekas pemain Hapoel Haifa mungkin tidak dapat beraksi dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan kerana urusan pendaftaran dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kemungkinan besar Zarko tidak dapat beraksi pada perlawanan Kedah bertemu Negeri Sembilan di Stadium Paroi, Ahad malam kerana perlu menjalani pemerikasaan kesihatan dan perlu di daftarkan sebagai pemain import Kedah bersama FAM sebelum memperoleh lesen untuk beraksi pada Liga Malaysia musim ini.

Selain itu, skuad hijau kuning bakal mendapat kembali sentuhan bekas presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir jika sah berlaku perubahan parti pemerintah di Kedah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Rabu.

Selain itu, perubahan jawatan lain di peringkat kepimpinan KFA dijangka berlaku apabila  Setiausaha Agung KFA, Datuk Aminuddin Omar tewas dalam PRU14.

Berikutan itu, penyokong Kedah menerusi laman sosial turut tertanya-tanya mengenai rombakan yang bakal berlaku dalam KFA, selain mengharapkan Kedah kembali sebagai pasukan yang digeruni.

KFA, Zarko Korac

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klopp jumpa Nabil

Artikel Lain