suria

Klopp jumpa Nabil

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp bertemu sendiri dengan Nabil Fekir untuk berbincang mengenai perpindahannya ke Anfield.

Nabil menjaringkan 55 gol dalam 148 penampilan sejak diserapkan ke skuad utama Lyon pada2013.

Bagaimanapun penyerang berusia 24 tahun itu akan memuktamadkan perpindahan ke England pada hujung musim ini.

Meskipun ada laporan yang mengatakan Liverpool sudah bersetuju membayar 62 juta pound sterling kepada Lyon bagi mendapatkan khidmat Nabil, Chelsea pula turut dikatakan berminat terhadap bintang Perancis itu.

Menurut media Perancis, Canal Plus, Kloop sudah bertemu dengan Nabil secara peribadi untuk meyakinkannya berhijrah ke Anfield dan menolak tawaran Chelsea.

Difahamkan Liverpool juga berusaha untuk memujuk Nabil supaya menandatangani kontrak lima tahun dengan adiknya Yassin akan menyertai skuad bawah 23 tahun pasukan itu.

Ketika ditanya mengenai spekulasi itu selepas kekalahan Lyon, Nabil berkata dia masih milik kelab Perancis berkenaan.

"Tiada apa-apa buat masa ini. Saya masih bersama Lyon. Masih ada dua lagi perlawanan yang tinggal.

"Kami sedang mempersiapkan diri untuk melakukan yang terbaik. Pada hujung musim kita tunggu dan lihat tetapi buat masa ini, tiada apa-apa," katanya.

Nabil Fekir, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain