suria

Peng Soon-Liu Ying tumpas

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal meraih gelaran kedua tahun ini selepas tewas kepada wakil Korea Selatan pada final Kejohanan Badminton Terbuka Australia di Sydney, Australia, hari ini.

Hanya memenangi Thailand Masters, Januari lalu, pasangan pingat perak Sukan Oilimpik Rio 2016 itu dikalahkan oleh pasangan pilihan kelima, Seo Seung Jae-Chae Yjung dalam straight set 12-21, 21-23.

Sementara itu, pemain muda China, Lu Guangzhu merangkul gelaran acara perseorangan lelaki dengan mengalahkan rakan senegara, Zhou Zeqi, 21-18, 23-21 manakala acara perseorangan wanita di menangi oleh pemain China, Cai Yanyan selepas menewaskan pemain Jepun, Ayumi Mine 21-14, 21-13.

Beregu lelaki pilihan utama,Berry Angriawan-Hardianto Hardianto dari Indonesia muncul juara selepas menundukkan beregu senegara Wahyu Nayaka Arya Pangkaryanira-Ade Yusuf Santoso;21-9, 9-21, 21-15.

Dalam acara beregu wanita, gandingan Jepun, Ayako Sakuramoto-Yukiko Takahata, selaku pilihan kedua kejohanan, muncul juara selepas mengalahkan wakil Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Rim, 23-21, 21-18. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain