suria

Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan

Aminuddin Omar.

ALOR SETAR: Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar akan melepaskan jawatannya dalam tempoh terdekat.

Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.

Walaupun jawatan tersebut bukan atas dasar politik, namun beliau menghormati keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang mahukan perubahan dalam KFA, katanya.

Sementara itu, Aminuddin turut menafikan kononya beliau akan ‘lompat parti' untuk menyertai kerajaan Pakatan Harapan (PH) akibat kekalahan BN pada PRU itu.

Aminuddin kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri Jitra.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut mengambil keputusan meletakkan jawatan tersebut seperti kebiasaan dilakukan oleh menteri besar sebelum ini. - BERNAMA

KFA, Aminuddin Omar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain