PEMAIN tengah Shakhtar Donetsk, Fred mendedahkan dia hanya akan membuat keputusan berhubung masa depannya selepas tamat aksi Piala Dunia. Manchester United dan Manchester City dilaporkan berusaha untuk mendapatkan khidmat bintang Brazil itu. Malah tawaran yang dikemukakan United telah diterima Shakhtar. Metro.co.uk mendedahkan United menawarkan bidaaan sebanyak 52.5 juta pound sterling untuk memastikan perpindahan Fred menjadi kenyataan. Namun Fred membuat kenyataan mengejutkan United apabila memberitahu dia tidak akan menandatangani sebarang tawaran sehingga selesai mewakili Brazil pada aksi Piala Dunia. "Mungkin selepas Piala Dunia saya akan membuat pilihan. Sekarang saya hanya mahu memberi tumpuan kepada Piala Dunia," katanya. Brazil diangkat sebagai sebuah pasukan pilihan untuk muncul juara pada kejohanan berprestij di Rusia itu. Fred dilaporkan mahu membantu pasukannya itu mara ke pusingan final. City pula dilaporkan hampir menyambar Fred pada Januari sebelum United mengemukakan bidaan kepada Shaktar. Shaktar sudah bersedia melepaskan Fred dan sudah mendapatkan penggantinya, Maycon dari Corinthians.