suria

Penyokong Liverpool sanggup habiskan RM2.2 juta untuk tonton final Liga Juara-Juara

PENYOKONG Liverpool menghabiskan hampir 500,000 pound Sterling (RM2.2 juta) ke atas jet peribadi bagi memastikan mereka berada di Kiev untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

The Reds akan berdepan Real Madrid dalam perlawanan yang berlangsung pada Sabtu dan penyokong kelab itu terdesak untuk pergi ke bandar Ukrain itu walau apa cara sekalipun.

Beberapa Kopites dilaporkan memandu merentasi Timur Eropah, sementara yang lain menggunakan alternatif pengangkutan lain untuk menyaksikan anak buah Jurgen Klopp beraksi.

Manakala yang lain menempah jet peribadi dengan pemilik pasaran jet peribadi Victor mendedahkan kenaikan permintaan sebanyak 2,354 peratus dalam laluan mewah seperti yang dilaporkan oleh Liverpool Echo.

Seorang jurucakap syarikat itu berkata: "Terdapat sekumpulan 540 penyokong Liverpool menempah tiga jet peribadi untuk menerbangkan mereka ke bandar itu, jumlahnya £411,000 (RM2.2 juta)

Ia disebabkan oleh minat United Kingdom (UK) dalam perlawanan akhir kali ini, mereka berkata permintaan antara anggota UK adalah tinggi pada tahun ini.

Penyokong kelab itu terdesak untuk menyaksikan perlawanan tersebut dan berusaha membuat tempahan berkumpulan ke atas tiga pesawat Airbus A320 untuk disewa.

Ia melibatkan pesawat sewaat bersaiz kecil dari beberapa bandar seperti London, Liverpool dan Madrid untuk ke Kiev. - The Mirror UK

Artikel Sebelum

Malaysia terus kempunan

Artikel Lain