suria

Lagu rasmi Piala Dunia 'Live It Up' diperkenal pada Jumaat

Stadium Luzhniki

WILL Smith, Nicky Jam dan Era Istrefi akan menyanyikan lagi rasmi Piala Dunia Jun ini.

Smith yang juga pelakon dan penyanyi rap bekerjasama dengan Jam dan Istrefi untuk lagu 'Live It Up'.

Lagu tersebut dicipta oleh seorang DJ dari Amerika Syarikat, Diplo akan diperkenalkan secara rasmi pada Jumaat ini.

Ketiga-tiga penyanyi itu bakal membuat persembahan di Stadium Luzhniki di Moscow sebelum aksi final pada 15 Julai.

"Satu kerjasama menarik di antara Fifa dan Sony Music, Will Smith, Nicky Jam dan Era Istrefi akan membuat persembahan Live It Up, lagu rasmi Paial Dunia Fifa 2018, Rusia.

"Semua penyokong bola sepak mempunyai masa yang cukup untuk mendengar lagu Live It up yang akan diperkenalkan secara penstriman langsung pada 25 Mei, Jumaat ini. Video lagu rasmi Piala Dunia Fifa akan bermula pada 7 Jun," jelas satu kenyataan Fifa.

Lagu pertama Piala Dunia, 'World Cup Willie' diperkenalkan pada 1966 di England dan dipersembahkan oleh Lonnie Donegan.

Selain itu, lagu Piala Dunia yang turut menjadi siulan termasuk Un'estate oleh Edoardo Bennato dan Gianna Nannini pada tahun 1990, La Copa de la Vida oleh Ricky Martin 1998 dan Shakira , Waka Waka (This Time for Africa) pada tahun 2010.

Pada tahun 2014, We Are One (Ole Ola) yang dinyanyikan oleh penyanyi kelahiran Cuba-Amerika Pitbull berduet dengan Jennifer Lopez dan Claudia Leitte ketika di Brazil.

Piala Dunia 2018, Live It Up

Artikel Lain