CARLO Ancelotti mengikat kontrak tiga tahun sebagai jurulatih baharu di Napoli. Bekas pengendali Chelsea, Real Madrid, Paris St Germain itu menggantikan Maurizio Sarri yang berjaya membawa Naloli di kedudukan kedua Serie A musim ini. Bagaimana pun Sarri meninggalkan kelab San Paolo sebaik sahaja berakhirnya saingan musim ini. Presiden Azzuri Aurelio De Laurentiis mengucapkan penghargaan kepada rekod cemerlang yang ditinggalkan Sarri,59. "Saya berterima kasih kepada Maurizio Sarri yang sangat berdedikasi kepada Napoli dan membawa kejayaan kepada bandar ini serta mencipta gaya bola sepak yang disukai semua penyokong.Tahniah Maurizio," ujar De Laurentiis di laman Twitternya. Sepanjang tiga musim mengemudi pasukan, Sarri berjaya merakam 91 mata dalam liga. Pun begitu ia belum cukup untuk mengatasi Juventus.