suria

Harvey ikut jejak bapa ke Manchester United

HARVEY mengikut jejak langkah bapanya, Phil Neville mengikat kontrak bersama Manchester United.

Neville berkongsi saat bermakna di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar anaknya yang berusia 16 tahun itu memegang jersi United.

Malah ia juga sambutan berganda untuk Harvey sempena hari lahirnya pada Selasa.


Neville merupakan antara legenda United yang merakam rekod 386 penampilan sepanjang 15 tahun berada di Old Trafford.

"Bangga dengan kamu Harvey Neville. Pergi penuhi impian!," tulis Neville.

Malah Harvey juga turut memuat naik gambarnya dengan kapsyen: "Saya sangat bangga dan teruja bersama dengan kelab yang telah lama saya sokong sepanjang hidup."

Harvey yang bermain di bahagian sayap dan tengah pernah beraksi untuk Valencia ketika Neville menguruskan kelab itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain