suria

Cardiff sah ikat penjaga gol Alex Smithies dari QPR

PENGURUS Cardiff, Neil Warnock mengalu-alukan persaingan sihat dalam kelab itu selepas menandatangani penjaga gol Alex Smithies (gambar) dari Queens Park Rangers (QPR).
 
Belfast Telegraph UK melaporkan, Smithies telah diikat tanpa mendedahkan nilai pemain itu.

Kontrak tersebut akan berjalan sehingga 2021, tertakluk kepada pelepasan antarabangsa.

Smithies akan bertanding untuk posisi penjaga gol di kelab Liga Perdana bersama Neil Etheridge, yang mempunyai kempen cemerlang ketika Cardiff meraih promosi ke Liga Perdana musim lalu.

Bekas penjagal gol Huddersfield yang berusia 28 tahun itu menyertai QPR pada 2015 dan membuat lebih 100 penampilan untuk kelab London itu.

Dia yang juga bekas pemain antarabangsa belia muncul 275 kali di kelab Huddersfield, termasuk membantu mereka memenangi promosi ke kejuaraan pada 2012.

Alex Smithies

Artikel Lain