BINTANG Liverpool, Mohamed Salah menandatangani kontrak baharu di Anfield. Pemain kelahiran Mesir itu mempamerkan aksi menakjubkan bersama Liverpool dengan menjaringkan 44 gol dalam 52 penampilan musim lalu. Liverpool hanya mengumumkan Salah menandatangani kontrak jangka masa panjang tetapi laporan mendedahkan dia akan kekal sehingga 2023. Pengurus Liverpool Jurgen Klopp amat gembira dengan komitmen Salah terhadap pasukan itu. "Saya fikir berita ini boleh dianggap sebagai menghargai seseorang yang beraksi cemerlang dan menyumbang kepada pasukan dan kelab musim lalu. "Ia menunjukkan dua perkara yang amat jelas iaitu keyakinannya terhadap Liverpool dan kepercayaan kita terhadap dirinya. "Kita mahu bakat berkelas dunia untuk melihat mereka diterima di Anfield di mana mereka boleh merealisasikan impian dan cita-cita profesional. Kita bekerjasama untuk mencapainya. "Seimbang, komitmen kita kepadanya mengatakan kita menghargai nilainya dan mahu dia lebih berkembang dan menjadi lebih baik dengan persekitaran kita," kata Klopp.