suria

Daniel Amier intai peluang beraksi di padang asing

Foto kredit: Felda United

PETALING JAYA: Pemain muda Felda United, Muhammad Daniel Amier Norhisham kini sedang mengintai beberapa pasukan luar negara.

Menurut pemain tengah itu, sudah tiba masanya dia cuba mencari peluang lebih besar dalam kariernya.

Daniel, merupakan antara tonggak utama skuad The Fighters menjulang juara Liga Premier musim ini.

"Penutup yang baik musim ini apabila pasukan Felda United bergelar juara. Lebih bangga lagi pada usia muda ini saya sudah mempunyai koleksi trofi juara.

"Ia juga dianggap kejayaan dua tahun berturut-turut buat diri sejak tahun lalu (layak ke Piala Asia, Sukan SEA)," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.


Anak kelahiran Kuala Lumpur berusia 21 tahun ini kini sedang menunggu jawapan beberapa kelab luar untuk mencuba nasib di sana.

"Kalau boleh ingin cuba di Thailand, Korea Selatan mahupun Jepun," katanya.

Namun itu semua masih lagi dalam perbincangan.

"Buat masa sekarang saya ingin beri fokus kepada skuad kebangsaan yang bakal beraksi dalam Sukan Asia bulan depan.

"Dalam dua tiga hari ini saya juga dalam proses pemulihan kecederaan (pangkal paha) yang dialami ketika aksi kelab beberapa hari lalu," ujarnya.

Daniel antara 30 pemain yang dipanggil mengikuti latihan skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee bermula 30 Julai ini.

Daniel Amir, Felda United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain