suria

Morata kata 'ya' kepada AC Milan

CHELSEA telah menetapkan harga jualan Alvaro Morata ketika AC Milan memulakan langkah untuk menyambar penyerang sensasi itu.

Morata memuktamadkan perpindahan ke Stamford Bridge pada musim panas lalu tetapi mahu angkat kaki selepas kecewa dengan prestasi hambar semasa dibawah kendalian Antonio Conte.

Ketibaan jurulatih baharu Maurizio Sarri di Chelsea bagaimanapun masih belum cukup untuk mengubah keputusan Morata.

Menurut laporan Gianluca Di Marzio, Pengarah Sukan Milan yang baharu, Leonardo telah mengadakan rundingan dengan wakil Morata pada Rabu.

Timbul khabar angin bahawa Morata sudah bersetuju dengan tawaran kelab gergasi Itali itu tetapi harga yang ditetapkan Chelsea terlampau tinggi.

The Blues menuntut bayaran sekitar 58 hingga 62 juta pound sterling terhadap bekas pemain Real Madrid itu.

Bekas pemain pertahanan Milan, Luca Antonini percaya Morata sudah menetapkan fikirannya mahu berhirah ke San Siro.

"Saya fikir Morata dan Milan sudah memilih antara satu sama lain.

"Sudah jelas terdapat keperluan untuk menyakinkan Chelsea supaya melepaskan Morata.

"Saya lihat Morata lebih sesuai untuk Milan berbanding pemain seperti Karim Benzema," katanya.

Alvaro Morata, AC Milan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain