suria

Bolt berlatih bersama kelab Australia, yakin dapat kontrak

JAGUH Olimpik, Usain Bolt meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-32 dengan menyertai sesi latihan bersama kelab bola sepak dari Australia, Central Coast Mariners.

"Saya tidak meletakkan sebarang sasaran terhadap apa yang saya lakukan sekarang.

"Ini peluang pertama saya untuk berlatih dan bermain seperti pemain bola sepak profesional.

"Saya di sini untuk belajar dan menjadi lebih baik. Saya di sini untuk membuat mereka bangga dan hanya melakukan yang terbaik," katanya.

Atlet pecut kelahiran Jamaica ini sedang menjalani sesi latihan bersama Central Cost Mariners yang akan memulakan kempen Liga-A pada 21 Oktober ini.

"Ia seperti trek dan padang, latihan pertama amat sukar. Ia sentiasa mengambil masa tetapi saya bersedia untuk bekerja.

"Saya mampu mendapatkan kontrak. Saya mahu dilayan seperti salah seorang pemain dan bukan atlet pecut terpantas dunia.

"Ini masanya untuk saya membuktikan pengkritik salah. Saya tidak kisah apa orang akan kata. Selagi tubuh badan saya sihat, saya okay.

"Saya mahu dilayan sebagai seorang pemain pemain bola sepak sebagaimana yang saya mahukan," katanya.

Keputusan kelab Central Coast Mariners untuk memberi peluang kepada Bolt dilabelkan sebagai satu gimik oleh pengkritik.

Namun Pengurus Mariners Mike Mulvey menegaskan ia adalah satu langkah inovatif dan kreatif.

"Kami amat berbangga Bolt memilih kelab ini untuk meneruskan kerjaya bola sepaknya. Kemuncaknya adalah Central Cost dan saya okay dengannya," kata Mulvey.

Bolt, 32, bercita-cita menjadi seorang pemain bola sepak profesional selepas bersara sebagai pelari pecut tahun lalu.

Usain Bolt, bola sepak

Artikel Sebelum

Henry mahu kemudi Bordeaux

Artikel Lain