suria

Henry mahu kemudi Bordeaux

ARSENE Wenger tidak terburu-buru untuk kembali ke padang.

Namun Wenger mendedahkan bekas anak didiknya di Arsenal, Thierry Henry berminat untuk mengemudi Bordeaux.

Kelab Ligue 1 itu menggantung tugas pengurusnya, Gus Poyet minggu lalu susulan kenyataannya berhubung kontrak perpindahan pemain Bordeaux selepas penjualan penyerang Gaetan Laborde ke Montpellier.

"Ya, dia (Henry) mahukan tugas itu, dia bijak dan ada kualiti.

"Soalan eksperimen yang selalu kita tanya adalah sama ada kita bersedia mengorbankan hidup kita untuk profesion kejurulatihan," kata Wenger yang kini sedang bercuti di Corsica.

Wenger menamatkan karier 22 tahunnya bersama Arsenal pada Mei lalu.

Henry yang pernah beraksi di bawah Wenger menjadi pembantu pengurus skuad Piala Dunia Belgium.

Theiry Henry, Arsene Wenger, Bordeaux

Artikel Sebelum

Artikel Lain