EJEN Yaya Toure mengesahkan bekas pemain tengah Manchester City telah melepasi pemeriksaan perubatan di London, untuk berpindah ke kelab baharu. Toure tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak beliau dilepaskan oleh Manchester City pada akhir musim lepas, selepas lapan tahun bersama Etihad. Beberapa kelab dikaitkan dengan Toure, dan nampaknya siapa yang akan mengambil pemain itu akan disahkan tidak lama lagi. Ejennya, Dimitry Seluk menulis di Twitter: "Yaya telah melepasi pemeriksaan perubatan di London. Yaya semakin hampir untuk menandatangani kontrak baharu." West Ham dikatakan kelab yang disebut-sebut dikaitkan dengn Toure, dengan pengurus pasukan itu, Manuel Pellegrini telah menjadi jurulatih kepada pemain berusia 35 tahun di Manchester City sebelum ini. - Mirror Online UK