suria

Kakak Ronaldo sindir Modric

KAKAK kepada Cristiano Ronaldo, Katia Aveiro menyindir Luka Modric selepas pemain tengah Real Madrid itu merangkul anugerah Pemain Terbaik UEFA.

Modric memainkan peranan penting dalam kemenangan ketiga berturut-turut Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara dan mengetuai Croatia mara ke pentas final Piala Dunia.

Prestasi cemerlang pemain berusia 32 tahun itu diiktiraf dengan trofi yang menjadi impian setiap pemain pada Khamis lalu.

Modric mengetepikan dua lagi pencabarnya iaitu Ronaldo dan Mohamed Salah.

Dia memperoleh 313 mata mendahului Ronaldo yang menerima 223 mata.

Katia menerusi postingnya di Instagram membuat perbandingan antara Ronaldo dan Modric.

Kejayaan Modric mendapat pujian di kalangan rakan pasukannya tetapi Katia mempertikaikan pemilihan pemain Croatia itu.

Katia dalam satu posting di Instagramnya membuat perbandingan antara rekod Ronaldo dan Modric pada saingan Liga Juara-Juara musim lalu.

"Nah... sila buat kesimpulan anda!," tulisnya.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes turut menyifatkan keputusan memberikan anugerah itu kepada Modric sebagai sesuatu yang memalukan.

"Bola sepak dimainkan di atas padang dan itu adalah tempat di mana Cristiano menang.

"Dia menjaringkan 15 gol, membawa Real Madrid di belakangnya dan menjuarai Liga Juara-Juara sekali lagi.

"Ini tidak masuk akal, memalukan," katanya.

Luka Modric, Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain