suria

Emery ubah posisi Ozil bukan sebab gaduh, tapi mahu dia lebih fleksibel

UNAI Emery mendedahkan Mesut Ozil telah diminta untuk bermain di posisi sayap kanan untuk Arsenal.

Pemain berusia 29 tahun itu sudah biasa dengan peranan No.10 semasa dibawah kendalian Arsene Wenger tetapi Emery menuntut pemain tengah itu supaya menjadi lebih fleksibel dengan sistem baharu pasukan tersebut.

Emery menafikan dia dan Ozil bergaduh semasa sesi latihan minggu lalu susulan laporan yang mendakwa ia menjadi punca pemain Jerman itu disisihkan daripada aksi menentang West Ham, Sabtu lalu.

Namun Emery memberitahu Ozil bahawa dia akan sering ditukar untuk memainkan peranan pemain No.10 dan juga memperkuat posisi sayap kanan.

"Saya gemarkan pemain beraksi di pelbagai posisi di atas padang. Ia bergantung kepada setiap perlawanan dan juga pasukan lawan.

"Ozil bermain dengan saya di posisi sayap kanan dan juga sebagai pemain No.10 dan kami akan terus menggunakan cara itu.

"Ia mengenai sama ada dia lebih bagus untuk kami dan ia posisi yang lebih bagus untuknya dengan mengambil kira corak permainan pasukan lawan.

"Saya meminta setiap pemain pada setiap hari supaya memberikan yang lebih kepada pasukan bukan saja Ozil tetapi semua pemain," katanya.

Mesut Ozil, Unai Emery

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain