suria

Gol lewat Firmino tewaskan PSG, Klopp puji Sturridge

JURGEN Klopp memuji Daniel Sturridge yang menunjukkan permainan semakin matang ketika aksi pembukaan kumpulan Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi Rabu.

Sturridge yang jarang diturunkan dalam saingan Liga Juara-Juara menjadi watak penting dalam kemenangan 3-1 ke atas PSG itu.

Sturridge membukan jaringan awal minit ke-30, sebelum Milner meletakkan The Reds di depan dengan gol kedua.

Namun Meunier minit ke-40 merapatkan kedudukan sehinggalah Gol Kylian Mbappe menyamakan jaringan minit ke-40.

Roberto Firmino yang berada dibangku simpanan selepas mengalami kecederaan mata dipanggil masuk dan membuahkan hasil dengan meledak gol kemenangan minit ke-91.

"Ia persembahan yang baik daripada Daniel.

"Tiga pemian di bahagian tengah (sangat baik). Fizikalnya berada dalam keadaan baik sejak mengenalinya," ujar Klopp.

Klopp juga mendedahkan sehari sbeelum perlawanan peluang untuk Firmino bermain amat tipis.

"Kami hanya sempat menjadikan latihan satu sesi sahaja dengannya, tetapi ini adalah masanya untuk kamu menunjukkan kepercayaan dalam pasukan," tambahnya.

Firmino, Liverpool, CL

Artikel Lain