PENGERUSI Juventus, Andrea Agnelli telah mengenal pasti bintang Manchester City, Leroy Sane sebagai sasaran perpindahan akan datang. Kelab gergasi Serie A itu berhasrat untuk mendapatkan pemain sayap kelahiran Jerman itu ke dalam pasukan mereka. Menurut media Itali, CalcioMercato, ia kerana Juventus mahu mendapatkan pemain 'Cristiano Ronaldo' versi muda. Laporan itu turut mendakwa Juventus turut menyedari langkah tersebut tidak dapat dilaksanakan ketika ini, dengan merujuk kepada perbelanjaan bagi membawa masuk Ronaldo ke Itali awak musim panas lalu. Mereka turut menyedari ia mungkin mengambil masa setahun atau dua tahun untuk memuktamadkan tawaran buat Sane, dengan bintang itu bernilai €150 juta (RM728.65 juta). Bagaimanapun, mereka bersedia untuk menunggu bagi mendapatkan salah seorang bintang paling muda dalam dunia bola sepak. - Mail Online UK