suria

Modric terima Trofi Pemain Terbaik Fifa, calar rekod dominasi Ronaldo-Messi

LUKA Modric menamatkan dominasi Ronaldo-Messi selepas dipilih sebabagi Pemain Terbaik Fifa 2018.

Pemain tengah Croatia itu mengecapi kempen terbaik liga musim 2017-18 dengan membantu Real Madrid merangkul trofi Liga Juara-Juara kali ketiga berturut-turut sebelum membawa pasukan kebangsaannya ke final Piala Dunia Jun lalu.

Dia juga turut menerima Bola Emas di Rusia.

Anugerah yang diterima Modric itu menyaksikan penguasaan Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi di pentas antarabangsa semakin sengit dan gagal menambah koleksi  trofi tersebut, yang sebelum ini dia turut menerima Ballon d'Or selaku penerima baharu anugerah tersebut.

Selepas Kaka meraihnya pada tahun 2007, penerima trofi anugerah hanya tertumpu kepada Ronaldo dan Messi.

Pemain berusia 33 tahun itu mengutip 29.05 peratus undian, manakala penyerang Juventus Roanldo (19.08%) dan bintang Liverpool Mohamed Salah (11.23%) untuk tempat kedua dan ketiga.

"Anugerah ini bukan milik saya. Ia adalah untuk rakan sepasukan dari Real Madrid dan Croatia. Tanpa jurulatih-jurulatih, saya tidak akan memenanginya dan juga tanpa keluarga saya tidak akan menjadi pemain seperti hari ini," jelas Modric.

Dalam pada itu, Anugerah Puskas dimenangi Salah berdasarkan jaringan unik ketika aksi Liverpool bertemu Everton musim lalu.

Anugerah Fifa, Luka Modric

Artikel Sebelum

Artikel Lain