SANTI Cazorla menyeru supaya seua penyokong Arsenal supaya bersabar dengan pengurus baharu Unai Emery. Cazorla merupakan bekas pemain tengah The Gunners yang berhijrah ke Villarreal musim lalu selepas enam tahun berkelana di London. Cazorla percaya akan ada perubahan besar dalam kelab sebelum Arsenal mengharungi cabaran dalam perbutan gelaran dan trofi besar. Bagaimana pun dia mengakui masa diperlukan oleh Emery yang mengambil alih tugas 22 tahun daripada Arsene Wenger. "Saya memberitahu apa sahaja maklumat yang diperlukan mengenai kelab untuk membantunya "Saya fikir dia gembira dan akan menjadi pengurus yang hebat untuk Arsenal. "Tetapi semua orang perlu bersabar seperti mana ketika 22 tahun sebelum ini. "Pengurus akan menjadi simbol sebenar kelab untuk dinilai dan perlu menunjukkan kesabaran terhadap Unai sementara pasukan melakukan perubahan. "Saya percaya jika dilakukan dengan betul, Arsenal mempunyai semua diperlukan, ia akan menjadi sebuah kelab yang solid," jelasnya kepada BBC Football Focus.