SEBUAH rakaman yang dipercayai perbualan 'panas' semasa sesi latihan di antara Jose Mourinho dan Paul Pogba tular di media sosial. Keretakan hubungan mereka sudah diketahui umum dan keadaan menjadi lebih tegang susulan kenyataan Pogba susulan keputusan seri 1-1 dengan Wolves pada hujung minggu. Penyerang sensasi Perancis itu mengkritik pendekatan diketengahkan Mourinho dengan berkata United sepatutnya melakukan serangan demi serangan ketika beraksi di Old Trafford. JUST IN! ? Frosty footage just in from @ManUtd's training session between Paul Pogba and Jose Mourinho… ❄️ What has been said between the pair this morning? ? pic.twitter.com/nRiTEgDJlH — Sky Sports News (@SkySportsNews) September 26, 2018 Mourinho dalam respons balasnya mengesahkan telah melucutkan jawatan naib kapten yang disandang Pogba selepas pasukannya tewas menerusi sepakan penalti kepada Derby County pada aksi Piala Carabao, malam Selasa. Tindakan drastik itu menjadi petunjuk bahawa situasi semakin meruncing selepas menilai rakaman semasa sesi latihan, pagi Rabu yang disiarkan Sky Sports di media sosial. Sky Sports kemudian memuatnaik satu lagi video dengan suara yang menunjukkan Mourinho bertanya kepada salah seorang kakitangannya mengenai posting Pogba di Instagram. Terdapat laporan mengatakan bahawa Pogba memberitahu Mourinho bahawa dia mahu menyertai Barcelona dengan United menetapkan harga 200 juta pound sterling terhadap pemain tengah itu.