suria

Neymar sedia kembali ke Camp Nou

BINTANG sensasi Paris Saint-Germain, Neymar terbuka untuk kembali ke Barcelona.

Neymar meluahkan rasa kesal meninggalkan Camp Nou dan berhasrat untuk kembali semula ke Sepanyol.

Dia tidak gembira dengan kehidupan di Perancis.

Menurut El Mundo Deportivo, peluang pemain berusia 26 tahun itu untuk kembali ke Barcelona nampak cerah memandangkan The Blaugrana memerlukan pemain sepertinya untuk memantapkan jentera serangan pasukan.

Presiden Real Madrid Florentino Perez turut berminat untuk mendapatkan khidmat Neymar selain rakan pasukannya, Kylian Mbappe.

Neymar menjaringkan 105 gol dan mencipta peluang gol sebanyak 77 kali dalam 186 perlawanan bersama Barcelona pada 2013 dan 2017.

Pemain kebangsaan Brazil itu menyertai PSG dengan rekod perpindahan dunia bernilai 222 juta euro (RM1.128 bilion) pada 4 Ogos 2017.

Neymar menandatangani kontrak lima tahun bersama PSG dengan anggaran pendapatan 30 juta euro (RM152.50 juta) setahun. - soccerdaluma.co.za

Neymar, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain