JUAN Mata mengakui Manchester United berdepan dengan beberapa perlawanan sukar bulan ini. Jelas Mata, pasukannya akan bertemu Chelsea dalam aksi Liga Perdana dan Juventus bagi saingan Liga Juara-Juara. United kini berada di kedudukan kelapan dan ketinggalan tujuh mata daripada pendahulu liga Manchester City yang berkongsi mata (20) dengan Chelsea. Red Devils kehilangan mata dalam tiga perlawanan liga musim ini yang menyaksikan tekanan hebat kepada pengendali Jose Mourinho. "Ia pastinya bulan yang sukar. Kami berdepan dengan pasukan kuat dalam liga dan menentang Juventus. "Tetapi jika mendapat keputusan yang baik, ia akan menjadi bulan yang sangat baik. "Dari segi mata, perlu fokus dan yakin. Tunggu di mana kita berada pada November dan Disember ini. Saya rasa ia bakal menjadi bulan yang menakjubkan," jelas Mata. Perlawanan bertemu Chelsea (Ahad) bakal menyaksikan pemain itu kembali ke Stamford Bridge yang menjadi kelab lamanya. Ketika bersama Chelsea, Mata berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala FA sebelum berpindah ke Old Trafford pada 2014. "Saya mempunyai memori yang indah di Stamford Bridge dan juga penyokong. "Saya berada di sana selama dua tahun setengah, sebelum dan selepas saya dapat lihat muka-muka peramah tetapi ia berlalu selepas berada di padang. "Sasaran kami untuk menukar keputusan negatif di Chelsea Kami perlu percaya boleh menang, kami perlukan mentaliti dalam permainan penting ini," jelasnya.-Dailymail