PEMAIN pasukan wanita England Karen Carney berkongsi mesej keji yang dihantar di Instagramnya. Carney berkongsi mesej tersebut di Instastorynya dan perkara itu menjadi perhatian pengurus Lionesses, Phil Neville. Mesej yang dihantar itu berbunyi: "I wish you cancer and leukemia (saya harap kamu ada kanser dan leukimia). "And i hope someone will rape you to death (harap seseorang akan rogol kamu sehingga mati)." Karen Carney Mesej itu dihantar oleh pengguna Instagram bernama 'dzo09' pada pukul 9.22 malam Rabu. Ia berkaitan dengan perlawanan Chelsea dan Fiorente pada saingan pusingan pertama 16 pasukan Liga Juara-Juara Wanita.Carney,31, mencatat 31 kap bersama England turut berkongsi dan menulis 'Wow some people...". Neville kemudian berkongsi paparan skrin tersebut dengan kapsyen": 'A message sent to one of my @lionesses players last night absolutely disgraceful - @instagram are you going to do something about it!!!!!'. -Dailymail