suria

Pemain futsal LiSUS dipanah petir meninggal dunia

PETALING JAYA: Salah seorang pemain futsal Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) yang dipanah petir Sabtu lalu meninggal dunia pagi Khamis.

Mangsa, Faizal Alli, 41, dari Sabah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.02 pagi ini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (PPUKM) sejak 13 Oktober lalu.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pihaknya akan mengambil tindakan lanjut bersama keluarga bagi urusan penghantaran pulang jenazah untuk dikebumikan di Tawau, Sabah.

"Salam takziah diucapkan dan semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman."

Insiden berlaku ketika pertandingan futsal LiSUS sempena Hari Sukan Negara (HSN) yang berlangsung di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil Sabtu.

Seramai tiga pemain futsal dipanah petir dan dua daripadanya termasuk seorang pemain wanita dari Terengganu, Nurrizati Kamsani telah dibenarkan pulang.

Pada Ahad, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut meluangkan masa menziarahi ketiga-tiga mangsa di PPUKM.

Fusal, dipanah petir

Artikel Sebelum

Neymar sedia kembali ke Camp Nou

Artikel Lain