SELAIN peminat yang teguh berdiri di belakang, Cristiano Ronaldo turut mendapat sokongan presiden Juventus berhubung dakwaan rogol ke atasnya. Malah, Andrea Agnelli mendakwa, segala tuduhan ke atas pemainnya itu adalah sesuatu yang tidak benar. Dia juga akan memberi sokongan penuh untuk Ronaldo dalam berhadapan tuduhan itu. "Apabila ada masalah, saya akan tengok ke dalam mata individu tersebut dan tanya soalan secara direct, selepas itu baru saya buat penghakiman. "Saya sangat tenang, saya dapat bercakap dengan Ronaldo sejurus pendedahan itu. Berdasarkan pembawakan diri dan responnya, saya percaya gerak hati bahawa Ronaldo tak bersalah. "Ianya kes peribadi tetapi saya bercakap dengan dia bersama timbalan pengerusi Oavel Nedved. Saya kata, pintu di Juventus sentiasa terbuka untuknya," ujarnya dalam satu sidang media. Terdahulu, Kathryn Mayorga membuat dakwaan bahawa dia pernah dirogol oleh bekas bintang Real Madrid itu. Namun, Ronaldo menafikan dakwaan itu. "Peguam saya yakin, begitu juga saya. Perkara paling penting ialah enjoy bola sepak dna hidup saya. "Selebihnya saya nak ambil tahu mengenai orang-orang dalam hidup saya. Kebenaran pastinya akan muncul," ujar Ronaldo. - Goal.Com.