PUTERA William memberi penghormatan kepada pemilik kelab Leicester City yang terkorban dalam nahas helikopter Sabtu malam. The Duke of Cambridge berusia 36 tahun itu mengakui berasa bertuah kerana mengenali Vichai Srivaddhanaprabha,60, yang terkorban ketika insiden di luar Stadium King Power itu. Turut terkorban dalam insiden itu termasuk pembantunya Kaveporn Punpare, pembantu peribadi yang juga bekas ratu cantik Thailand, Nursara Suknamai serta kapten Eric Swaffer dan pembantu yang juga teman wanitanya Izabela Lechowicz Putera William yang juga presiden Persatuan Bola Sepak English (FA) bertemu Srivaddhanaprabha pada tahun 2005 berkata: "Saya bertuah kerana mengenali Vichai untuk beberapa tahun. Dia adalah seorang ahli perniagaan yang mempunyai nilai-nilai kuat terhadap keluarga dan pemurah. "Dia banyak memberi sumbangan besar kepada bola sepak, bukan sahaja magis Leicester City menjuarai musim 2016 yang turut 'merakam imaginasi di seluruh dunia'." Helikopter yang membawa Srivaddhanaprabha terhempas sebaik sahaja beliau meninggalkan stadium selepas menyaksikan Leicester seri 1-1 ke atas West Ham. Insiden berlaku di luar stadium.