suria

Lopetegui akhirnya dipecat, Real Madrid tak setuju permintaan Conte

REAL Madrid memecat pengurus Julen Lopetegui berikutan presrasi buruk kelab musim ini.

Lopetegui dipecat sebaik sahaja tewas kepada Barcelona sekaligus meletakkan kelab itu berada di kedudukan kesembilan La Liga.

Jurulatih skuad B, Santiago Solari akan menguruskan pasukan untuk sementara waktu.

Presiden kelab, Florentino Perez mahu bekas pengendali Chelsea Antonio Conte untuk mengambil alih tugas itu, namun pengurus itu mahukan kontrak dua tahun setengah dan lima pembantu.

Berikutan permintaan yang sukar dibuat Real Madrid itu menjadikan Roberto Martinez bakal menjadi pilihan utama.

Malah Conte juga bukan pilihan pemain-pemain dan kapten Sergio Ramos memberitahu: "Hormat perlu dihasilkan bukan kena (terpaksa)."

Biarpun siapa sahaj yang bakal dilantik, ia bakal menjadi pengurs kelima buat Gareth Bale dalam tempoh lima tahun berada di liga Sepantol itu.-Dailymail

Julen Lopetegui, Real Madrid

Artikel Lain